Panduan Tata Cara Melaksanakan dan Menunaikan Shalat Tarawih

99 views

Panduan Tata Cara Melaksanakan dan Menunaikan Shalat TarawihPanduan Tata Cara Melaksanakan dan Menunaikan Shalat Tarawih - Pada kesempatan sebelumnya kami telah membahas mengenai doa niat shalat tarawih, kali ini akan dibahas mengenai panduan tata cara melaksanakan dan menunaikan shalat tarawih.

Pada umumnya shalat tarawih dikerjakan setelah mengerjakan shalat Isya' dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Abu Hurairah berkata;

“Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan shalat tarowih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”

Beliau bersabda:

“Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.”

Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan shalat. Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Sembahyang tarawih lebih afdal jika dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Shalat tarowih termasuk shalat Tahajjud atau sholatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. Waktu shalat tarowih ini ialah setelah menunaikan shalat Fardhu Isyak sehinggalah sampai waktu shalat Subuh.

Cara Melaksanakan

Shalat tarowih dikerjakan dengan kumpulan dua rokaat, dimana tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rokaat yang dikehendaki. Rukun shalat sunat tarowih ini sama sahaja dengan rukun shalat yang lain.

Namun ada beberapa cara dalam mengerjakan shalat tarowih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Sehingga dalam niat shalat tarawih disesuaikan rakaatnya menjadi "arbaa roka'ataini".

Jumlah Rokaat

Di zaman Rasulullah S.A.W, shalat tarowih pada umumnya dikerjakan sebanyak 8 rakaat. Hal ini dikarenakan agar tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Selain itu Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan shalat ini untuk ditunaikan di masjid karena tidak mahukan sahabat berfikiran shalat  ini shalat yang wajib.

Sedangkan pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab beliau menambah lagi menjadikan 20 rokaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Shalat ini juga dibuatkan sebanyak 20 rokaat dan ditambah 3 rokaat shalat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Indonesia dan Malaysia mendirikan shalat tarawih sebanyak 20 rokaat dengan ditambah dengan 3 rokaat shalat witir.

Demikian beberapa  panduan tata cara melaksanakan dan menunaikan shalat tarawih, semoga dapat brmanfaat bagi Anda.

Tags: #Panduan Tata Cara Melaksanakan dan Menunaikan Shalat Tarawih

Leave a reply "Panduan Tata Cara Melaksanakan dan Menunaikan Shalat Tarawih"

No related post!